PERKHIDMATAN

Editorial/Prapenerbitan

Kami menawarkan perkhidmatan editorial dan prapenerbitan yang berkualiti merangkumi penyuntingan, penulisan, penterjemahan dan banyak lagi demi penghasilan kandungan berimpak tinggi.

Penjenamaan & Pemasaran Kandungan

Sebesar atau sekecil mana pun perniagaan atau organisasi anda, kami akan bantu anda bina identiti jenama dan sebar luaskan kandungan anda, sama ada secara digital mahupun konvensional.

Perundingan & Serantaan Buku

Dengan kepakaran dalam perundingan penerbitan dan promosi buku, kami membantu penulis dan penerbit meningkatkan jangkauan dan keberkesanan karya kepada khalayak melalui penjenamaan pengarang dan publisiti yang efektif.

Acara dan Perhubungan Awam

Dengan pendekatan yang profesional dan efektif, kami menyediakan perkhidmatan acara dan perhubungan awam (PR) yang membantu meningkatkan kesedaran dan imej jenama anda dalam kalangan khalayak sasaran.

Bengkel Kreatif

Kami menyediakan ruang dan kepakaran bagi khalayak yang berminat untuk mengasah bakat dan inovasi, memperkukuhkan kemahiran kreatif, serta menggalakkan idea-idea yang segar malar dan menginspirasi.

Anda penulis? kami ada pelbagai cara untuk bantu anda!

Bimbingan penulisan & konsultansi penerbitan

Sesi bimbingan berfokus khusus untuk calon-calon penulis serta penulis swaterbit (self-published writer) dan juga kepada mereka yang berminat dalam bidang penerbitan buku.

Pembangunan laman web/blog

Bangunkan laman web/blog peribadi sebagai profil kepengarangan anda. Psst, kami ada tawaran istimewa untuk penulis yang ingin miliki laman web sendiri!

Kempen buku dan pengurusan acara

Studio Tanda Bacha juga memfokuskan kepada kempen digital dan pengurusan acara berorientasikan penerbitan, editorial serta budaya pembacaan.

Kami berhasrat ingin membawa para penulis dan penerbit maju setapak dengan memperkenalkan khidmat perhubungan awam kepada yang berminat.

anda mahu..

Berhubung dengan pasukan kami?

Lihat senarai harga perkhidmatan kami?

PASUKAN KAMI

JENAMA TERIMPAK

Harga kompetitif. Kualiti terbaik. Muat turun Portfolio & Kad Kadar kami.

tentang tanda bacha

Studio Tanda Bacha, [tanda niaga bagi Tanda Baca Enterprise (002879199-A)] merupakan sebuah agensi kreatif yang ditubuhkan pada tahun 2015 dengan menumpukan kepada industri kandungan dan penerbitan.

Tanda Bacha antara lain memfokuskan kepada perkhidmatan prapenerbitan/editorial, penjenamaan dan pengurusan acara perbukuan. Studio Tanda Bacha juga memberikan pelbagai perkhidmatan untuk pembangunan pengarang.

Studio Tanda Bacha juga menumpukan penjualan dan pengedaran buku-buku baru dan terpakai melalui subsidiari e-dagang, Buku Kacak.

terkini

LEBIH BANYAK LAGI